“let me love you a little more before you are not little anymore”

Silly kids and their silly jokes and silly laughs. Dont grow up too fast.

Bebudak ni kalau ada dekat rumah boleh tahan buat kita stress. Si Jed dengan Hana ni macam setiap masa gaduh. Gilir-gilir datang ngadu siapa buat siapa.

Tapi, bila fikir diorang sikit lagi besar dan pedulikan hal sendiri, mama dah mula terasa rindu. Ramai tak rasa syahdu macamtu?

Ok, ni tips untuk bagi the fullest dekat diorang sementara kecil lagi.

1. Layan je all the jokes. Dulu Kakmat ni kaku kejunk je. Sekarang kalau kelakar sikit(atau tak lansung. Haha) pun Kakmat cuba gelak sungguh-sungguh. Hahaha orang kata practice makes perfect. Improve sikit dah keikhlasan gelak tu. 😎

2. Cium diorang berkali. Tapi buat macam game. Depa ni suka je kita main acah-acah.

3. Peluk bebanyak kali. Pakar psikologi saran kita hug sampai 12 kali sehari. Helps with their positive growth. Part ni Kakmat ada dedicated post nanti. Tunggu ye.

Moga memori being silly and kelakar ni akan jadi pengubat rindu mama bila depa semua mula berkurung dalam bilik nanti. Time flies so fast. And sometimes I can feel their absence already.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *