Nak tahu tak?

Dekat rumah ni ada kalkulator. Hana suka ambil buat handphone. Tekan punat-punat macam typing whatsapp. Lepastu acah-acah call ninek, sembang kejap terus babai.

Kawaii.

Tapi sekarang tahu dah kenapa kenapa Hana macamtu.

Albert Bandura explain dalam eksperimen Bobo doll yang dia jalankan pada tahun 1961.  

Korang tau tak Bobo doll tu apa? Alah, mainan yang macam material pelampung tu. Bila kita tumbuk , nanti dia berdiri balik.

Dalam ekperimen ni, Bandura nak test tingkah laku bebudak. Spesifiknya peniruan sikap agresif mereka lepas tengok orang dewasa bersikap agresif.

72 kekanak dibahagi kepada 3 kumpulan. 2 kumpulan eksperimen, 1 kumpulan kawalan.

Model orang dewasa akan ikut kumpulan 1 dan 2 dalam satu bilik. Dalam bilik tu ada 2 tempat main. Satu tempat tu mainan yang tak agresif, macam mainan masak-masak, krayon dan soft toy.

Lagi satu tempat tu untuk orang dewasa. Ada patung Bobo dan penukul. Kekanak dah dipesan jangan main dekat tempat dewasa tu.

Kumpulan 1 (Model agresif)

Bebudak main dekat toys yang tak agresif. Tapi dia nampak model dewasa tu main ganas-ganas dengan patung Bobo. Macam pukul, tumbuk dan cakap carut dekat patung tu

Kumpulan 2 (Model tak agresif)

Orang dewasa dan kekanak main dekat toys yang soft.

Kumpulan 3 (takda model)

Main macam biasa, buat kraf.

Lepastu setiap kumpulan masuk bilik lain yang ada mainan best-best dari bilik sebelumnya. Time ni orang besar tak masuk bilik tu. Baru nak best-best main, tetiba diorang diminta keluar bilik.

Pengeksperimen cakap mainan ni sebenarnya untuk budak lain. Stage ni actually saja nak build frustration bebudak.

Ate ape lagi, frust la member.

Bebudak ni dibawa balik masuk bilik asal. Tempat mainan tak best. Dari situ, nampak, bebudak dari kumpulan 1 mula jadi agresif. Mereka pukul, tumbuk dan mencarut dekat patung Bobo tu. Budak kumpulan lain tak seganas kumpulan satu.

Result lain termasuk,

  1. Budak laki lebih terkesan dan lebih agresif physically. Dari segi carutan tu lebih kurang je.
  2. Walaupun bebudak tengok apa yang orang besar tu buat dekat patung Bobo tu, tapi diorang tak tiru aksi ganas tu. Apa yang ditiru tu keganasan/aggression.
  3. Budak laki lebih suka tiru aksi orang besar lelaki.

Tak sangka kan, bebudak ni banyak sangat tiru kita. Sebab tu nak bagi tengok movie, bagi yang tak ganas sangat. Sama lah main game. Sebab kita tak tahu, tahap apa keganasan yang dia serap dalam otak.

Bila nanti satu hari mereka ni frust sangat, tak boleh nak agak level of aggression dioang bila nak melepaskan rasa tu.  

Fuhhh scary.

Nak tahu lagi? Boleh share and follow Kakmat supaya ramai lagi tahu pasal kekanak dan mak-mak.

Kakmat,

Tetiba gian nak menulis

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *