Tips bercuti ke legoland malaysia 2019 ke 2020 ke, mesti pening nak pilih hotel yang best

Nak bercuti dengan anak-anak ni banyak benda kena fikir. Hotel ke homestay? Nak ada pool ke tak sempat nanti? Legoland malaysia hotel rates berapa? Dalam bajet ke? Etc etc

Itulah antara yang Kmat akan fikir bila nak plan bercuti. Kita nak ada pengalaman bercuti di legoland malaysia yang manis manis aje. Jadi tiap kali, Kmat akan pilih AirBnb. Sesuai dengan style keluarga kami yang punya anak-anak kecil (dan aktif).

Boleh guna tips Kmat untuk plan cuti cuti malaysia 2020 uols. Sebab Kmat sebenarnya dah 4 kali dah stay AirBnb dekat area Medini. Kami suka ke Thomas Theme park (sekarang dah tutup. Huuuu) dan Legoland.

Train Ride, Legoland

Jom check out. Lepas ni korang pun boleh lah start plan cuti ke Medini/Legoland. Kmat dah share harga hotel dekat legoland. Jadi dah boleh plan bajet cuti cuti malaysia 2020. Hihi

Teega playhouse (TP)
3 bedroom 2 bathroom
Lokasi: puteri Harbour. Medini
13 mins drive ke Legoland
RM368/night
ABB link:
https://bit.ly/2NmBQ2b

TP adalah kondo 3 bilik, 2 bathroom. Rumahnya cantik. View ok. Lagi lagi dari tempat tinggi. Buka sliding door, biar angin lalu masuk.

Tiap bilik nicely decorated. Tak heavy sangat. Master bedroom ada katil and one cleopatra sofa. Ada bathroom attached. Bilik banyak tingkap. Ada bath tub juga. Memang kids mandi sini jaa.😆

Bilik kedua ada bunk bed. Bawah tambah satu lagi pull out bed. Dalam wardrobe ada basket of toys for kids.

Bilik ketiga ada single bed. Semua bilik ada kipas siling dan aircond. Kmat suka guna kipas, buka tingkap.

Satu toilet dekat luar

Area kitchen ada fridge, dan stove. Time kitorang stay tu, stove macam tak boleh guna. Rosak kot😓 tapi dah komplen dekat owner.

Ada washing machine, sabun basuh baju basuh pinggan, mop dan penyapu. Tempat sidai baju dan hanger pun ada.

Owner juga sediakan TV dan account Netflix. Yay.

Moons
2 bedroom 2 bathroom
Location: Sunway Citrine, Medini

10 mins drive ke Legoland
RM166.50/night
ABB link:
https://bit.ly/36OPPFM

Lepas ke Teega, dah tahu apa yang Kmat cari bila duduk homestay. Grocery store. Jadi kalini purposely Kmat book dekat Sunway Citrine sebab bawah tu ada Jaya Grocer.

Shoppinglah apa patut. Macam susu, cereal, telur. Nak keluar cari breakfast memang tak rajin bila ada anak kecil dan aktif. Lepastu, nak stock up food lain sebab kids manjang je lapar. Hahaha

Rumahnya cantik. Deco cantik ala ala hipster swedish tu jugak. Cuma kalini ni bilik ada 2 je. Dan tak ada mainan. Juga tak ada netflix. Kipas juga tak ada. heh

Yang lain lebih kurang dengan TP. Stove, fridge, mesin basuh, sabun basuh baju, sabun basuh pinggan, alatan masak, pinggan. shampoo & sabun mandi semua. And again rumah tingkat tinggi memang jadi fav Kmat.

Amenities macam swimming pool and gym ada. Cuma tak turun tengok. So Kmat tak boleh cerita lebih lah.

Dekat bahagian shopping, selain Jaya Grocer, ada juga restoran, 7e, kedai kopi dan kedai buku yang sangat Kmat suka. Pilihan books dia lain dari MPH & Popular.


**Btw Sunway big box mall baru buka. Dalam 5 mins.drive je. Or less. Situ ada option tambahan untuk makan. Kitaorang layan nasi putih ayam goreng kunyit dekat foodtruck area.

Meridin
3 Bedrooms 2 Bathrooms
Location: Meridin Medini
5 mins drive ke Legoland
RM81/night
ABB link:
https://bit.ly/2QMMpxB

Ni paling murah untuk stay di Medini. Asal nya kitaorang book 2 bilik, last minit dia offer upgrade 3br. Harga sama.

Worth noting, internet dia guna pocket wifi. Bukan fibre. Kalau korang ok, ok je. Sebab takdelah teruk pun. Haha

Dan paling least cantik rumahnya bagi Kmat. Sebab tak kena dengan taste. Hahaha.

Tapi owner sangat lah baik. Waktu book Kmat tanya ada ke rice cooker, microwave dan toaster. Ye lah, kita nak plan apa nak bawak kan.

Host tanya balik, nak rice cooker ke. Kalau nak dia prepare. Kmat kata tak perlu. Time check in tengok ada dah. Hah kau, memang dia cuba untuk accomodate. Plus dia sediakan serbuk kopi, garam and gula jugak. Biskut pun ado.

Master bedroom ada attached bathroom. Disediakan shampoo & liquid bath. Ada water heater.

2nd room ada queen bed. 3rd room pun queen bed. Ada banyak tilam kalau nak berkampung ramai ramai. Cuma kena request kat dia. Cadar and bantal tak ada.

Macam biasa, rumah ni ada fridge, working induction stove, pots pans, washing machine, sabun basuh baju, tempat sidai dan hanger. Pinggan mangkuk sabun cuci pinggan semua ada.

Rumah ni ada both aircond dan kipas siling. Kmat kan suka guna kipas, jadi tingkap memang selalu dibuka. Rumah tingkat 24, dia punya angin nyamannn. Lagi best dari aircond. Heh.

Swimming pool macam biasa ada wading and adult pool. Dan ada playground. Pool tu ada daun daun yang jatuh dari pokok sekeliling. Maybe sebab windy.

Di lobby ada grocery store nama Kapitan. Harga agak pricey. Huu

Ruang Makan & Dapur. Ada microwave
Chillax je pool dekat Meridin ni. Macm santai padang pasir pun ye jugak.

Tropicana homestay
2 bedroom 2 bathrooms
Location: D pristine, Medini
7 mins walk to Legoland
RM158/night
ABB link:
https://bit.ly/2TkQaMj

Ni ambil last minit decision untuk extend holiday.
Jadi Kmat booked 2 malam dekat D Pristine. Kenapa D pristine? Sebab dah malas nak drive. Nak jalan kaki je ke Legoland.

Deco rumah memang hipster. Siap atas meja makan tu letak gelas, susun pinggan dan ada sudu garfu. Kmat sampai, simpan semua terus. Karang ada yang pecah pulak. Anak kita kannn.. eishh

Master bedroom ada attached bathroom. Unit memang glass all the way. View best di tingkat 27. Bright je sebab tingkap banyak. Malam kena tutup langsir. Kalau tak kena bertudung lah tiap masa.

2nd bedroom dia ni lain dari yang lain. Queen size bunk bed. Maksudnya kalau anak korang 4 orang sumbat semua orang satu bilik tu. 2 atas, 2 bawah. Setel dah😂

Macam biasa, dekat kitchen ada water heater, stove fridge, washing machine, pinggan, mug 2, wine glass 4, liquid diswasher dan span dan Netflixxx. Yay

Tapi takde sabun basuh baju. Tak ada tempat sidai mahupun hanger.
Kmat rasa dia beli beli washing machine tu agaknya ada dryer sekali kot😂
Dah selamat komplen dah dekat owner. Harap dia ambil kira lah.

Jadi, kalau ke unit ni, plis lah bawak apa tali sekali. Boleh buat ampaian dekat balkoni.

Shampoo tak disediakan. Just ada sabun mandi. Mesin arristo ada. Capsule kena bayar lain.

Tapiii kalau korang plan nak ke Legoland je, D pristine paling best (or alternatively Afiniti residences). Jalan kaki sebab Legoland tu depan aje. Nak beli groceries pun senang. Ada Bens dalam Medini Mall. Memang baru buka.

Dari pintu masuk. Tengok setting table dia tu.

Btw, Kmat nak bagitahu, rate per night tu tak termasuk cleaning fee, service fee, no. pax & peak rate. Jadi nak tepat korang kena check sendiri ok.

Lepastu, sorry tau, takde pulak gambar dari TP & Moon’s. Dulu macam ingat dah snap. Hailah dah tua ni lupanya lain macam betul. Kikiki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *