MENYESAL. Dulu saya tak pandai nak nilai anak saya

Setiap kategori mempunyai fasa sensitif yang berbeza. Maksudnya, anak ini boleh dikatakan ada keperluan tertentu untuk penuhi apa yang mereka perlu dalam pertumbuhan. Setiap keperluan yang berbeza dalam 4 fasa ni dikenali sebagai fasa sensitif. Fasa ini diperkenalkan oleh Dr Maria Montessori dalam 4 takat perkembagan.

Menjadi tanggungjawab ibubapa, guru dan orang dewasa disekeliling untuk membantu mereka memenuhi tuntutan itu. Paling tidak, tanggunjawab tersebut besarnya jatuh kepada ibubapa. Kemudian yang lain-lain

Kenapa pula?

Seperti yang biasa kita dengar ‘ it takes a village to raise a child’ . Jadi, janganlah kita jadi sombong. Nanti sampai masa anak kita sedang membesar, kita juga perlukan ‘nation support system’. Kan.

Kmat ada 3 orang anak. Seorang dalam fasa early childhood, dan 2 lagi di dalam fasa childhood. Sejujurnya, selama ni, Kmat hanya bergantung dengan apa saja yang disediakan di sekolah. Di rumah, kita pantau seadanya tanpa tau apa yang mereka alami dan perlukan dalam waktu umur tersebut.

Balik dari seminar montessori, Kmat mula terbuka hati nak research lebih banyak. Dari situ mula nampak banyak kekurangan dan kesilapan yang dah Kmat buat.

Kenapa dan macam mana?

Secara kasar, Kmat telah mengabaikan rights, atau hak anak-anak mengikut fasa mereka.

Contohnya, Mujahid kata tak adil sebab dia seorang saja yang kena kemas sedangkan main sama-sama. (Waktu tu orang lain tengah mandi, tapi Kmat nak toys dikemas time tu jugak.) Jawapan Kmat lebih kurang macamni “ Takpe, Mujahid kan anak soleh. Mujahid tolong kemas. Tolong mama kemas ya”. Dengan muka tak puas hati, Mujahid pun kemas.

Allahu!

Sepatutnya Kmat jawab “ Mujahid rasa tak adilkan sebab kena kemaskan mainan orang lain. Padahal bukan Mujahid yang main. Boleh ke mama minta Mujahid tolong kemaskan. Kakak dan adik tengah mandi. Tak dapat kemas sekarang. Tapi Mama nak toys ni kena clear sekarang jugak. Moga-moga Allah sayang lebih dekat Mujahid sebab tolong mama dan soleh”

Nampak tak, beza jawapan kedua tu. Kmat meraikan fasa childhood dimana mereka akan memandang semua benda dengan fairness atau keadilan. Its just they way they look at the world, in this particular phase. Jadi bila Kmat meraikan apa dia rasa, Mujahid akan rasa, keadilan wujud. Cuma disaat itu, mama yang minta tolong untuk dia kemas.

Ok, untuk entri kali ni, Kmat dah tulis serba ringkan on 2 development planes. Yang dua lagi, kita tulis dalam post lain. Heh

EARLY CHILDHOOD PLANE (0-6yo)
Hana – 3 tahun

Umur 0- 6 tahun dikategorikan sebagai absorbent mind. Dalam fasa ini, anak akan menyerap segala yang ada disekeliling. Otak mereka berkerja dengan kapasiti seperti span.

Perasankan umur ni selalunya akan tiru apa saja perbuatan kita. Paling biasa, acah-acah bercakap dalam telefon. Atau Memarahi adik yang lebih kecil sama macam cara kita marah dia. Mini me sungguh kan.

Mereka fokus untuk membentuk diri dan berkeinginan untuk bebas menggunakan kemampuan fizikal sendiri untuk melakukan sesuatu.

Ciri-ciri anak didalam plane pertama

  1. Mereka mempunyai mentaliti ‘I can do myself/saya boleh selesaikan sendiri’.
  2. Suka pegang dan sentuh semua benda. Memegang sesuatu secara fizikal adalah cara terbaik buat mereka untuk mengenal dan berinteraksi dengan dunia.
  3. Suka buat sesuatu dengan berulang-ulang kali sampai kita yang besar ni naik bosan.
  4. Steps yang dibuat tu renyah, tapi mereka taknak ubah. Contohnya untuk memakai baju, seluruh fokus diberikan dalam usaha segala otot untuk menjayakan misi pakai baju. Disini, kejayaan pakai baju yang paling penting. Again, usaha ‘saya boleh lakukuan sendiri’ itu lebih penting daripada kerenyahan usaha tu.
  5. Tidak suka berkerjasama dengan orang lain. Tapi membuat sesuatu bersama-sama dalam satu masa. Beza tau.

Dr Maria juga menekankan beberapa lapangan pengembangan didalam fasa ini. Kita boleh sediakan aktiviti -aktiviti yang sesuai dengan umur mereka. Kmat juga akan share aktiviti yang boleh dilakukan dengan mereka

  1. Pergerakan
  2. Bahasa
  3. Potty train
  4. Langkah-langkah dalam menyelesaikan sesuatu
  5. Budi bahasa
  6. Muzik
  7. Membaca
  8. Menulis
  9. Hubungan sosial
  10. Matematik

CHILDHOOD PLANE (6-12yo)
Mujahid – 6 tahun
Safiyya – 10 tahun

Di fasa ini, anak mula dahagakan ilmu dan sangat berkeinginan untuk explore secara intelek. Selalunya, diusia ini, anak sudah pandai membaca dan menulis. Mentaliti yang mereka ada selaunya ‘ Saya boleh berfikir sendiri’.

Macam anak Kmat si Mujahid tu. Bila Kmat nak tolong sesuatu yang guna kemahiran berfikir, beliau akan minta Kmat tunggu kejap. Dia nak cuba selesaikan dahulu sendiri.

Di fasa ini juga anak mula menegakkan moraliti, etika dan kesaksamaan. Ini merupakan waktu yang bagus untuk ajar tentang keadilan dan bagaimana untuk bantu orang disekeliling.

Dari sudut pandang Montessori, anak dalam fasa ini belajar dari ‘pengajian kosmik’ dimana anak akan digalakkan untuk teroka tentang mereka dalam dunia ini. Selain itu, mereka juga akan menghargai keterikatan segala benda didalam kosmik antara satu sama lain.

Disini, kita akan mulakan pendedahan mereka dari ‘The first great lesson’. Anak akan didedahkan tentang Astrophysics dan seterusnya kita akan buka peluang kepada mereka untuk gali ilmu dalam bidang lain.

Ciri-ciri anak di fasa ini adalah seperti berikut:

  1. Mula nak explore dunia luar.
  2. Menggunakan imaginasi untuk teroka dunia. Walaupun kadangkala teorinya tak masuk akal.
  3. Menegakkan keadilan dan mencari kesaksamaan dalam semua benda. “NOT FAIR” adalah mantra Safiyya dan Mujahid setiap masa.
  4. Suka mencari jalan untuk memudah cara menyelesaikan sesuatu. Efficient is the word for them.
  5. Suka belajar, atau buat sesuatu bersama-sama. Kemas sama-sama. Kan kena adil.

Ok setel 2 bab. 😀 .
Nanti sambung baki 2 plane lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *