RAHSIA NAK LAHIRKAN ANAK ANAK CINTAKAN ILMU

Walaupun anak anak Kmat bersekolah secara formal, tapi Kmat tetap rasa terpanggil untuk give something extra di rumah. Rajin meng-google apa aktivit yang sesuai. Tapi tu lah, nak buat pun tak buat buat.

Sampai lah satu masa ni, Kmat came across dengan seminar homeschooling oleh Kak Shila. Macam terus register, and tawakkal pergi penuh harapan. Untuk jumpa something yang missing selama ni.

Kak Shila ni mak kepada 3 homeschoolers. Dari anak no 2 yang request nak belajar sendiri dari rumah. Sebab dia tak enjoy dekat sekolah. Anaknya pandai, tapi somehow dia dibuli. 2 orang lagi anak dia, kalau decide nak pergi sekolah, Kak Shila akan hantar. Suka sangat Kmat dengar dengan pendirian yang tak pro homeschool atau school. Apa yang Kak Shila cuba is to be fair to both sistem.

Dalam sharing Kak Shila, dia cerita approach Montessori yang digunakan. Kmat dah hooked.

Betul dulu, bukan tak pernah dengar pasal Montessori. Even Mujahid pun tadika Montessori based. Cuma khilaf Kmat tak ambil tahu betul betul. Buat research ke apa. Sampailah Kmat join seminar homsechooling tu.

Kat bawah ni Kmat share apa yang Kmat faham tentang Montessori method setelah attend seminar, join kelas OT, join kelas kelas early childhood education dan membuat bacaan demi bacaan.

  1. Method Montessori ada sistem sampai umur lebih kurang 24 tahun. Cara kerja ada sistem
  2. Pembahagian subjek ikut kategori dan sensitive period.
  3. Aktiviti yang macam bermain tapi mesti berstruktur & berobjektif. Bukan free play saja.
  4. 3 sesi kelas ( three-period lesson) adalah approach yang digunapakai oleh Montessori. Lagi lagi waktu fasa pertama, Infancy (0-6tahun). Nanti Kmat share lagi ye pasal ni. Tak susah pun. Hiks
  5. Didik semangat suka ilmu dan mencari lagi dan lagi sebab sendiri nak tahu.
  6. Chillax. Tak de nak paksa budak mesti lepas explore satu benda, kena move on ke benda lain. Selagi tak puas, ulang lagi diknon.
  7. Sharing ilmu atau apa yang kita belajar to the class, to orang lain adalah wajib.
  8. Merekod setiap yang kita belajar adalah wajib
  9. Decide-ambil kit aktiviti- buat – rekod – kemas – share
  10. Tekankan pada apa dia rasa lepas achieve something dalam eksplorasi ilmu tu. Bukan sebab harapkan pujian. Actually teknik ni boleh didik anak suka kan ilmu dan explore more on themselves.

10 sebab kat atas ni dah buat Kmat decide untuk mulakan dengan anak-anak. Lepas ni boleh ajak anak jiran-jiran. Bukan apa, Kmat nak budak budak ni nanti akan terus suka ilmu, terus curious dan terus mencari ilmu Allah. Inshaallah.

Kmat gunakan montessori inspired sebab bukan lah pure apporach. Kmat selitkan Piaget juga dimana kita gunakan bahan tu ikut apa yang ada di sekeliling kita juga. Lebih kurang macamtu lah. Heh.

Next, Kmat akan share apa lesson plan yang Kmat dah decide untuk Hana. Doakan ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *