Kakmat nak cuba tulis blog lah. Korang support kakmat eh.

Ceritanya, dulu time Kakmat belajo dekat UIA tu, ada lah ambil kelas Intro to Psychology. Siap dapat A lagi sebab enjoy kelas tu. Bila dah ambil tu, adalah peluang nak buat 2nd degree Psychology.

Tapi tah kenapa hati ni tak cukup kuat nak proceed.Maka tinggal ajelah kenangan opportunity 2nd degree tu.

Sejak ada anak ni, minat tu datang balik. Makin rajin baca. Walaupun anak dah makin besar, suka lagi baca-baca. Manalah tahu dapat apply dekat cucu pula. Ahahahaha.

Meh Kakmat share satu benda ni. Best tau.Ada research yang dah dibuat. Kejayaan hidup ni berdasarkan IQ & EQ. Yang mengejutkan, IQ bantu 20% je. Selebihnya EQ lah.

WEH, 80% tu EQ contribute untuk kejayaan kita.

Jujur, Kakmat setuju dengan research atas tu, tapi Kakmat suka nak selitkan SQ. Iaitu unsur keagamaan dalam didikan.Bestkan.

Kalau nak tahu lebih dalam pasal IQ & EQ dekat atas tu, kenalah subscribe website Kakmat ni. Ada banyaaaaak lagi benda best yang nak share dalam ni.

Selain pasal atas tu, Kakmat pun suka nyibuk degan life mama sedunia ni. Yelah, kata nak support semua mak-mak ni supaya termotivasi dan hargai diri sendiri.

SAY NO to mak, ibu, mama, mommy yang rasa diri tak sempurna. Mudah rasa down. Lepastu rasa bersalah memanjang sebab tak cukup jadi supermommy.

Dulu memang tak faham. Apa susah jadi mak ni. Takat masak basuh baju, bagi anak ikut rutin, settle. Tu dulu lah. Semenjak dah jadi mak, sampai sekarang dah 3 ketul juniors dekat rumah ni, terus berubah 360 darjah.

Hakikatnya, mama selalu sangat penat, rasa nak marah anak & diri sendiri, rasa bersalah, rasa tak sempurna, nak me time bla bla bla. Lepastu tengok member pula jenis mama supersaiya, semua buat sendiri tapi tak penat-penat. Lagilah down. Hadoi.

Sebab tu mama kena selalu motivate diri dan berada dalam circle yang memotivasikan. Kannn.

Macam yang Kakmat dengar dekat IKIM, DR Haris Shah (ni lah lecture psychology den dulu. Hiks) bincang pasal ‘rahmah kendiri’. Sharing tentang kesejahteraan diri dan mental.Menarik sangat. Nanti Kakmat cuba share juga.